Pendidikan Kamarul Ariffin Mohamed Yassin

Kamarul Ariffin (dilahirkan pada (1934-08-12) 12 Ogos 1934 (umur 85) di Pahang). Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Chatin, Mentakab, Pahang. Beliau belajar di Koto-ko-Gakko semasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu (1941-1945); Sekolah Abu Bakar aliran Inggeris (1945) sehingga darjah tertinggi yang ada ketika itu, iaitu darjah enam (Form 2 sekarang). Oleh kerana beliau ingin meneruskan pelajaran, maka beliau memohon tempat di Victoria Institution, Kuala Lumpur (1951-1954).

Semasa komunis, beliau menyaksikan ayahnya dibicarakan oleh ‘mahkamah rakyat' atau ‘mahkamah kangaroo' yang ditubuhkan oleh Pasukan Bintang Tiga] pada September 1945 menyebabkan beliau tertarik melanjutkan pelajaran ilmu undang-undang. Keluarganya menghantar beliau belajar di England .Ayahnya meninggal pada 1956 menyebabkan beliau terpaksa bekerja sepenuh masa dan mengumpul wang sambil belajar. Akhirnya beliau lulus peperiksaan dan diterima sebagai Barrister-at-Law.